Jari Tersepit?!
Kejadian ni berlaku pada hari Isnin 12 Disember hari tu.Bukan jari aku yang tersepit la kan tapi jari adik lelaki aku, Kamarul.Post aku kali ni tak de gambar la ye.Hari tu aku terlalu terkejut sampai aku hampir menangis tengok adik aku yang dalam kesakitan yang amat sangat tu.Tetiba je dia menangis datang kat aku sambil tunjuk jari hantu tangan belah kiri dia berdarah.Aku gabra gila time tu sebab aku fikir jari dia dah nak putus.Aku ni kalau gabra memang akan fikir macam2.Bila aku tengok betul2, kuku dia hampir tercabut tapi tak tercabut lagi.Darah banyak jugak la yang keluar.So, tindakan pertama yang aku ambil ialah suruh dia jangan tengok luka kat jari dia tu.Kalau dia tengok lagi lama, lagi la otak dia fikir macam2.Pastu mesti la dia akan rasa lagi sakit kan?Second, aku tenangkan diri dia and diri aku sekali.Senag je kot nak tenangkan dia.Cakap je aku pernah kena lagi teruk dari ni.Ayat aku lebih kurang macam ni la "rileks weh!ala luka sikit je ni.kau pernah tengok akak retak tangan dulu kan?kau pernah nampak akak nangis tak?kalau akak nangis pun tak de la akak nangis macam kau.rileks ok?".Luaran aku cakap camtu tapi dalam hati aku, Allah ajelah yang tahu.Berdebar weh kalau korang tengok jari dia.
Third, aku suruh dia angkat tangan dia lebih tinggi dari kepala dia.Ni untuk elakkan bengkak aku rasa.Kalau aku tersilap cakap ye.Aku ni bukan tahu sangat pasal benda2 macam ni.Sebenarnya aku fikir nak hentikan pendarahan kat jari dia tapi bila aku cakap aku nak buat dia dah menjerit cakap tak nak. Nak tak nak kena lah tunggu mak aku balik.Nasib baik mak aku cepat sampai.Mak aku sampai je terus pergi klinik.Sepatutnya luka tu kena basuh dengan anti septik tapi time tu tengah gelabah gila sampai semua benda aku lupa -_-".
Kalau benda ni terjadi kat korang, aku nasihatkan supaya korang jangan cepat gelabah and panik macam aku.Korang kena tenang kalau korang nak pesakit tu tenang.Kalau nak basuh luka jangan basuh guna air paip sebab air paip kan tak bersih untuk bersihkan luka.Erti kata lain bagi air paip ialah kita tak tahu isi kandungan bakteria kat dalam air paip tersebut.So korang beware ok?
Hal ni bagi pengajaran kat aku bahawa betapa pentingnya first aid kit kat rumah.Kat rumah aku memang tak de first aid kit aku rasa.So lepas ni kena lah beli.Mana lah tau kot2 kejadian ni berulang lagi kan?memang berdebar beno aku dibuatnya.Sebenarnya kes ni terjadi sebab adik perrempuan aku, amira, tertutup pintu tanpa perasan yang jari adik lelaki aku ada kat situ.So, tak de sesape yang patut dipersalahkan dalam hal ni.Aku sebagai kakak yang bertanggungjawab untuk jaga dorang pun rasa bersalah juga sebenarnya.Actually aku sedih tengok dua2 adik aku menangis.Sorang nangis sebab sakit and sorang lagi nangis sebab rasa bersalah.Penyelesaian kes ni adalah dengan makan coklat cadbury hazelnut yang abang aku beli malam tu jugak.Kitorang bahagi sama rata la coklat tu.Adik Kamarul aku dapat lebih sikit sebab dia sakit kan.So, kes ni ditutup!Selesai~
Aku ada gak buat research sikit pasal benda ni.Aku jumpa satu artikel.Aku copy-paste kat sini je la ek?Macam ni artikel nya cakap:
Pertolongan pertama pada kuku yang luka
Biasanya jikalau kuku kita tersepit atau sebab lain yang menyebabkan kuku kita luka atau lebih tepat lagi berlaku darah beku di dalam kuku kita, biasanya ia akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat, juga rasa berdenyut-denyut.
Bagi menghilangkan rasa sakit itu, rawatan pertama yang dapat kita berikan dengan masukkan jari yang luka itu ke dalam ais ketul atau ais sejuk, kemudian angkat tangan ke atas supaya pengaliran darah ke jari tidak begitu banyak. Kemudian balut jari yang luka itu dengan kain dan tekan kuat-kuat jari yang luka itu dengan tangan yang lagi satu. InsyaAllah ianya akan sembuh dengan cepat.
P/S:Artikel ni suruh rendam dalam air sejuk.Pergh!Tak sakit ke? Kalau korang cukup berani buat la.Seelok eloknya buat la kot.Jangan ikut sangat cakap budak kurang arif pasal benda2 ni. T___T
Okay lah korang!sampai sini je kot post aku hari ni.Enjoy readers!
Okay lah korang!sampai sini je kot post aku hari ni.Enjoy readers!
Comments
Post a Comment